Friday, February 18, 2011

Refleksi

1) Apakah kepentingan memahami peraturan berbahasa dalam menulis
Antara kepentingan memahami peraturan berbahasa dalam menulis ialah dapat menghasilkan sesuatu penulisan yang berkualiti dari segi gaya bahasa dan seterusnya menjadikan sesuatu penulisan itu menarik.Selain itu, mesej atau tujuan dalam penulisan tersebut juga dapat difahami dengan mudah oleh pembaca sekiranya bahasa yang digunakan mematuhi dan mengikut peraturan berbahasa.Di samping itu, penting untuk kita memahami peraturan berbahasa dalam menulis untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan tatabahasa dan ayat dalam sesuatu penulisan. Kepentingan yang seterusnya ialah untuk menjaga dan melindungi bahasa yang digunakan dalam penulisan agar tidak luput dengan arus permodenan. Kepentingan yang terakhir ialah dapat memartabatkan penggunaan bahasa melayu yang betul dalam setiap penulisan yang akan dihasilkan.

2) Perlukah kesemua genre penulisan mematuhi peraturan berbahasa?
Pada pendapat saya,kesemua genre penulisan perlu mematuhi peraturan berbahasa untuk memastikan setiap genre penulisan adalah tidak keluar dari isi dan tema yang  digunakan dalam sesuatu penulisan. Selain itu, genre penulisan perlu mematuhi peraturan berbahasa kerana ianya dapat membantu untuk menarik minat pembaca melalui penggunaan bahasa yang digunakan .Di samping itu, ia juga dapat menonjolkan kemahiran  seseorang penulis itu melalui penulisan yang telah dihasilkan sama ada mempunyai bakat dalam menghasilkan sesuatu penulisan yang baik.

3) Adakah bahan-bahan penulisan kini mematuhi peraturan berbahasa?
Pada pendapat saya,bahan-bahan penulisan kini tidak mematuhi peraturan berbahasa kerana terdapat sebilangan besar hasil penulisan yang dihasilkan mempunyai kesalahan dalam bentuk ayat serta penggunaan tatabahasa yang sesuai.Selain itu, penulisan kini turut tidak mengambil berat tentang dengan penggunaan bahasa yang agak kasar dalam penulisan terutama penulisan yang berbentuk luahan dan bersifat nasionalisme.Walaubagaimanapun, terdapat juga penulisan yang menggunakan bahasa yang baik dan boleh memberikan kesan terhadap pembaca contohnya penulisan novel. Gaya dan penggunaan bahasa yang teratur dapat menarik minat pembaca untuk lebih mendalami sesuatu penulisan yang dihasilkan.




2 comments:

  1. Tahniah... Ulasan yang lengkap... Sebagai pelajar IPTA yang menjadi harapan negara, apakah yang harus kita lakukan???

    ReplyDelete
  2. Saya berpendapat kita harus memberikan galakan kepada penulis dalam menghasilakan karya dan penulisan yang lebih berkualiti dan dapat memberikan kepuasan kepada pembaca dan bukan semata-mata bertujuan memberikan mesej kepada pembaca tetapi turut menitikberatkan penggunaan bahasa yang digunakan.

    ReplyDelete