Friday, May 20, 2011

====== oH WANiTA ~ ^ _ ^~======WaNiTA

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki

Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa

Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Wednesday, April 20, 2011

Tugasan 3:Ulasan mengenai kelas SBLM1023 (PENGANTAR PENULISAN)


Assalamualaikum w.b.t

Sebelum kata menyusur langkah, terlebih dahulu saya ingin mengatakan rasa bertuah kerana terpilih untuk mengikuti kursus SBLM 1023, Pengantar Penulisan Kumpulan C. Pensyarah yang terpilih untuk mengajar bagi kumpulan ini ialah Encik Nasrol Hadi bin Ahmad Shukeri yang lebih selesa dengan panggilan “cikgu” dalam kalangan kami sebagai pelajar. Secara keseluruhannya, bagi saya pengantar penulisan ini merupakan satu kursus yang sangat menarik kerana tugasan yang diberikan berlainan dengan kursus –kursus yang lain. Sepanjang pembelajaran, saya semakin dapat menonjol dan  menghasilkan sedikit sebanyak bakat yang ada dalam menghasilkan penulisan kreatif yang terlalu asing bagi diri saya. Namun, berkat tunjuk ajar dan panduan yang diberikan oleh cikgu akhirnya dapat jua saya menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada cikgu kerana telah memberikan input yang berguna sepanjang kursus ini. SEKIAN.

Friday, March 11, 2011

Setulus Harapan

Hati gelisah bak dipanah rindu,
Fikiran beretakkan tatkala kurenungi,
Segunung harapan terlintas di hati,
Begitulah hakikat yang harus ditempuhi.

Dimana harus kucari jejak-jejak semangat,
Yang kian pudar sepanjang titian berliku,
Haruskah aku membiarkannya menguasai diri ini,
Seperti awan hitam yang menyelubungi bumi.

Aku tidak mahu dibuai angan-angan kosong,
Hanya kekesalan bakal menghampiriku,
Haruskah aku terus bermimpi di siang hari,
Bangunkanlah,bangunkanlah,
Bangunkanlah...
Aku dari ketidakpastian ini,
Ketidakpastian yang hanya akan meragut masa depanku.

Setulus harapan ku persembahkan,
Setulus harapan ku serahkan kepadanNya
Harapan menjadi pegangan hidupku,
Agar terus bertahan,
Walau ujian silih berganti.

Tiada niat diri ini memeras simpati,
Sekadar kongsian pembakar semangat bersama.
Sekian..........


Bahasa Figuratif Dalam Penulisan Kreatif

1)Metafora
Perbandingan yang dibuat antara dua perkara atau objek yang secara lahirnya berbeza.


Contoh: Dimana harus kucari jejak-jejak semangat
 
2) Personifikasi
Memberi sifat manusia kepada benda atau idea yang tidak hidup 
 
Contoh:  Segunung harapan terlintas di hati 
                         : Aku tidak mahu dibuai angan-angan kosong 
                         :  Tiada niat memeras simpati

3)Simile
Kata-kata perbandingan yang dilakukan secara eksplisit
 
Contoh : Seperti awan hitam yang menyelubungi bumi
            : Hati gelisah bak dipanah rindu


4) Anafora
Gaya bahasa perulangan kata pertama pada setiap baris

Contoh  :Setulus harapan ku persembahkan,
              Setulus harapan ku serahkan kepadaNya.

              :Bangunkanlah,bangunkanlah,bangunkanlah...